Wednesday 20 January 2016

DUA2012 - POLITEKNIK KUALA TERENGGANU


MUHD MUAL'LIM BIN OSMAN 12DEE15F1004
MUHAMMAD FIRDAUS BIN KASSIM 12DEE15F1007
Tajuk Jelaskan kisah-kisah yang terdapat dalam Al Quran berkaitan Sains,Teknologi & Kejuruteraan Islam
Program Diploma Elektrik & Elektronik
Sesi JUN 2015
Nama Pensyarah Pn Zainun Binti Salleh
Jabatan JKE


PENGHARGAAN


Bismillahirahmanirahim..
            Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
            Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Pn Zainun Bt Salleh kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
            Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus  ini.Mereka telah  memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.
            Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
            Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih

PENGENALAN

Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam. Sains adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabi’i dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen yang benar. Antara konsep dalam sains adalah hukum, sebab dan akibat. Dalam hal ini, sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prisnsip bahawa alam mini adalah bersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengertikan.

          Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang sejati dan hakiki. Tradisi Islam adalah untuk melahirkan para sainstis berteknologi muslim yang beriman dan berahklak dan Islam menolak kemajuan teknologi tanpa akhlak dan sains yang menolak spiritual. Sains dalam pandangan Barat beranggapan sumber wahyu tidak diperlukan berasaskan kepada prinsip logos dan mitos.Logos adalah satu penemuan yang paling ampuh hasil dari eksperimen manakala mitos pula umpama khayalan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara tepat dan konkrit.



BIDANG SAINS

Terdapat banyak ayat Al-quran yang menyeru manusia supaya mengkaji dan meneliti fenomena alam untuk memahami dan mendalami ilmu pengetahuan agar dapat membina suatu tamadun yang sempurna. Berdasarkan ayat di bawah jelas bahawa alam yang diciptakan oleh Allah s.w.t tertakluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada dilangit dan di bumi adalah hak Allah s.w.t untuk kemudahan dan kegunaan manusia sejagat.Islam tidak terbatas antara hubungan manusia dengan tuhan bahkan merangkumi semua aspek kehidupan. Allah berfirman yang bermaksud :
“Tidakkah kamu perhatikan bahawa
Allah memudahkan untuk kemudahan mu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan batin.
”(Surah Luqman: 20)



PERANAN YANG DIMAINKAN AL QURAN TELAH MENYUMBANG KEMAJUAN DALAM BEBERAPA PERKARA DALAM BIDANG SAINS, ANTARANYA :

Ø Penemuan khasiat minyak zaitun yang terdapat di dalam sebuah hadis daripada Abdullah Bin Umar yang menyebut bahawa rasullah S.W.T “bersabda makanlah kamu minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut, kerana minyak zaitun dibuat daripada pohon yang penuh berkat.”Selain itu minyak zaiton berperanan menambah zat makanan , mencuci dan membaik pulih perut , membantu sedikit sebanyak pesakit gestrik dan mereka yang mengalami masalah buat pinggan.

Ø Kegelapan Lautan dan Lapisan Ombak (sains ,alam semula jadi )
Dalam bidang sains marin pula, kewujudan dua lapisan ombak di laut dan kegelapan di dasar laut dinyatakan dengan jelas di dalam surah an Nur, ayat 40. Apabila dikaji, sememangnya wujud ombak pada lapisan kedua laut (internal tide), yang mana kewujudannya dapat dilihat secara jelas hanya dari angkasa. Malah, ombak dalaman ini mempunyai amplitud yang jauh lebih tinggi berbanding amplitud ombak di permukaan air, dengan ketinggiannya mampu mencecah 300 meter. Kewujudan dua ombak ini disebabkan perbezaan pada ketumpatan air laut. Selain itu, kegelapan dasar laut pula dibuktikan apabila manusia mula mampu menyelam sehingga ke dasar dengan bantuan peralatan moden.Kegelapan secara total ini disebabkan penyerapan spektrum cahaya oleh lapisan laut yang menyebabkan tiada cahaya yang mampu menembusi hingga ke dasar. Hasilnya, dasar lauta nmenjadi tempat yang sangat gelap dan makhluk-makhluk yang hidup di dasar laut mempunyai ciri-ciri unik untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan keadaan dasar laut yang sangat sejuk dan bertekanan tinggi.

Ø Di dalam al-Quran juga menerangkan penciptaan manusia daripada air :Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air,lalu dijadikannya (mempunyai) keturunan dan musaharah dan Tuhanmu adalah Maha Kuasa sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya ).
[Al-Furqan, 54]
Selain itu, ayat al-Quran dari surah ini memberitahu bahawa secara jelas manusia itu diciptakan daripada air. Allah telah menciptakan manusia mempunyai titisan baka (air mani) bagi meneruskan lagi zuriat memakmurkan bumi ini.
Proses kejadian manusia diceritakan daripada awal sehingga ke akhir di dalam al-Quran sebelum manusia mampu memikirkan proses itu sendiri.
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari
tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh
; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakandarah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-
baik Pencipta”. [Al - Mu’minun: 12-14]




SAINS DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH

1.   Daripada perkataan Inggeris  iaituscience. Juga berasal daripada perkataan       
      scio, scire atau scientia (dari bahasa Latin) yang bermaksud pengetahuan.
2.  Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, “Systematized knowledge in   
     any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable
     sense experience.”

3.  Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara  
     sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara   
     objektif.

4.  Boleh didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui proses  
     cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta fahaman   
     yang lahir daripadanya.     

5.  Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi’i atau   
     alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah   
     yang dapat diukur (kuantitatif).

6.  Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi’i atau
     alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah  
     yang dapat diukur (kuantitatif).

7.  Kajian yang rasional dan emprikal yang mana tiada kaitan dengan wahyu,
     intuisi, emosi dan perkara-perkara agama.
8.  Sains terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :-
1.   Sains Tulen atau Sains Tabi’i
2.   Sains Gunaan (Teknologi dan Kejuruteraan)
3.   Sains Sosial (Tabiat Manusia)


Definisi Sains dari Aspek Keilmuan Islam
SAINS DARI ASPEK KELIMUAN ISLAM
1.    Sains Islam berasaskan wahyu dan akal. Menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan tertinggi kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal adalah satu perkara yang terbatas.
   2.    Sains dalam Islam adalah sains yang berkonsepkan tauhid yang mana ianya tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasul-Nya.
3.    Ia adalah satu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan penemuan yang mengunakan kaedah-kaedah tertentu tidak bercanggah dengan syarak untuk mencari fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatu kebenaran.
   4.    Dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik, yang bertolak dari sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji kebenarannya. 
     5.    Menggabungkan unsur metafizik (ketuhanan) dan fizik, ilmu aqli dan naqli, ilmu intelek dan ilmu wahyu.
     6.    Sains Islam berasaskan nilai, neutral dan objektif.
     7     Sains dalam Islam merangkumi 3 kategori utama iaitu:-

 Sains Propaedeutik,Sains Syariah, Sains Falsafah



Definisi Teknologi dari Aspek Bahasa :
TEKNOLOGI DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH
1.    Perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technología), dari  perkataan Yunani (téchnē), yang bermaksud seni, kemahiran, rekaan.(Hairudin Harun, 2007 : 2)
2.    Teknologi adalah satu sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal.
3.    Secara etimologinya,  teknologi berasal dari dua kata bahasa Yunani iaitu ‘techne’ dan ‘logos’.
4.    ‘Techne’ adalah seni (art), kerja tanganatau keterampilan.Teknobermaksud kemahiran teknik atau hasil kerja. Logos bermaksud wacana atau kata-kata sistematis.
5.    Teknologi boleh merujuk kepada pertama; penggunaan kaedah-kaedah dan teknik-teknik pembuatan barang atau perkhidmatan yang dihasilkan melalui rekaan sains untuk menyelesaikan masalah. Kedua; teknik-teknik yang meliputi kaedah, bahan-bahan, peralatan dan proses-proses untuk menyelesaikan masalah. Ketiga; penggunaan sumber-sumber seperti pengetahuan, kemahiran, proses, teknik, peralatan dan bahan untuk menyelesaikan masalah.
6.    Ini bermakna teknologi adalah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang dihadapi oleh dalam kehidupan seharian.
7.    Dari istilah; teknologi adalah ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem dan biasanya dikaitkan dengan proses industri.
8.   Kesimpulannya, ialah ilmu yang berbentuk praktikal atau teknikal yang membolehkan manusi membuat sesuatu perubahan yang bemanafaat ke atas alam tabi’i.



Definisi Kejuruteraan dari Aspek Bahasa :
KEJURUTERAAN DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH
1.    Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan (applied science) yang berkaitan dengan teori asas dengan mereka bentuk sesuatu hasil keperluan dan kegunaan yang boleh memberi khidmat kepada manusia.
2.    Kejuruteraan juga bermaksud proses mereka bentuk teknologi dengan kaedah yang paling efisyen.



1.5     Definisi Kejuruteraan dari Aspek Keilmuan Islam :
KEJURUTERAAN DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
1.    Kejuruteraan  adalah satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kepandaian untuk menggunakan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikan manusia.
2.    Kejuruteraan dalam Islam digunakan untuk membantu manusia dalam memenuhi tugas khalifah secara lebih berkesan.

CIRI-CIRI SAINS DALAM ISLAM
Ciri-ciri
Huraian
Ciri Keagamaan
1.   Menerima wahyu sebagai sumber ilmu.
    i.      Kajian sains dalam Islam bersumberkan wahyu dan akal.
   ii.      Merujuk kepada ayat al-Quran dan As-Sunnah sebagai satu sumber untuk menrangkan tentang alam tabi’i dan sifat-sifatnya.
  iii.      Kaedah penyelidikan melalui ilmu saintifik. (al-Quran dan Hadith)

2.   Sains bersifat Rabbani
    i.      Adanya peranan Allah dalam kewujudan dan proses alam dan konsep kausaliti (sebab dan musabab)
   ii.      Dikaitkan dengan prinsip-prinsip dan hukum Islam.
  iii.      Tujuan terakhir keputusan sains adalah untuk mencari pembuktian  kebenaran Allah SWT.

3.   Sains sebagai cara untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.
                 i.      Penyelidikan mengandungi nilai ibadah.
                ii.      Mengkaji, memerhati dan mencerap segala ciptaan Allah adalah sebagai ibadah kepada Allah SWT.
             iii.      Menelti dan mengkaji kebesaran ciptaan Allah salah satu wasilah pengabdian diri kepada Allah SWT.

4.   Terikat dengan batas-batas hukum dan etika Islam.
                 i.      Terikat dengan batas hukum dan etika Islam.
         ii.      Sainstis dan teknokrat yang berjaya adalah mereka yang mematuhi segala suruhan dan meninggalkan larangan serta menyeru kebaikan.

Ciri Saintifik
                i.      Sains Islam menggunakan kaedah emperikal yang diperkenalkan oleh Islam sejak abad ke-7 Masihi lagi.
                ii.      Adanya formula dan alat-alatan yang berbentuk klinikal.
                iii.      Menggunakan kaedah sintesis ke atas sumber-sumber tamadun yang terdahulu.
           iv.      Bentuknya sejagat yang melibatkan pelnagai bangsa, agama, bahasa, tamadun, wilayah, zaman dan sebagainya.

Ciri Universal
               i.      Sains Islam bersifat universal atau sejagat kerana bukan sahaja dihasilkan oleh Muslimtetapi juga non-Muslim.
Ciri Sepadu
                 i.      Tidak memisahkan cabang-cabang ilmu.
                ii.      Tanggungjawab fardu ain dan fardu kifayah  yang bersepadu.
                iii.      Kajian yang bersifat menyeluruh.
                iv.      Kajian alam fizik tidak terpisah dengan metafizik.
            v.      Tidak terpisah daripada kepercayaan kepada Allah swt kerana keimanan kepada Allah swt dijadikan sebagai asas kajian.
Ciri Harmoni
    i.      Tidak terdapat percanggahan antara sains dan agama.
                ii.      Kajian yang dijalankan menuju kepada matlamat yang sama iaitu pengabdian diri kepada Allah swt.





PERANAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
      Membantu Manusia Mengenali Allah Sebagai Pencipta Alam.
                      i.        Ayat al-Quran banyak menyebut dan menggalakkan kita manusia untuk berfikir, menyelidik dan mengkaji. Penyelidikan Islam adalah berasaskan kepada wahyu Allah membawa setiap kajian ke arah satu kepuasan yang telah ditentukan iaitu dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah yang menjadikan segalanya.

                    ii.        Kewujudan alam ini adalah sebagai tanda kewujudan dan kebesaran pencipta.Firman Allah swt  dalam Surah ‘Ali ‘imran  yang bermaksud:
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal”.  
(Surah ‘Ali ‘Imran : 190)

             iii.      Islam menetapkan sebarang perkara yang melibatkan kajian sains hendaklah berada dalam kerangka dan panduan syariat bagi tujuan kebaikan manusia dan keredhaan Ilahi.

              iv.      Dapatan sains Islam menjadikan saintis lebih dekat kepada Allah SWT, sebaliknya dapatan sains Barat lebih menjadikan manusia bongkak dan jauh daripada Allah SWT.
 v.      Teknologi dan kejuruteraan Islam lebih mendidik hati dan fikiran manusia tentang keagungan Allah swt melalui kecanggihan ciptaan manusia, Sementera teknologi dan kejuruteraan Barat sekadar untuk menunjukkan kehebatan daya fikir manusia untuk kepentingan diri.


3.2       Membantu Manusia Supaya Bertafakkur.
                      i.        Penyelidikan sains teknologi dalam Islam  akan membawa seseorang kepada sifat-sifat tafakkur dan memberi kesedaran kepada manusia melalui penggunaan akal.

                    ii.        Penyelidikan sains melalui wahyu-wahyu membawa kepada penerimaan kebesaran Allah SWT seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah iaitu :
Maksudnya :
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan”
(Surah Al-Baqarah : 164)


3.3       Membantu Pelaksanaan Syariat
                      i.        Kajian sains dan teknologi dalam Islam adalah didorong oleh kepentingan dalam pelaksanaan syariat Islam.

                    ii.        Pelaksanaan syariat akan berjalan lancar jika sekiranya masyarakat Islam membangunkan peraturan perhubungan antara mereka.

                   iii.        Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat kepada hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia sesama manusia serta hubungan manusia dengan alam.


3.4       Supaya manusia mampu menentukan dan membuat ramalan akan sesuatu perkara.
                      i.        Menentukan tarikh dengan melakukan pencerapan iaitu mencerap bulan akan dapat memberi ketentuan contohnya dalam tarikh awal puasa, tarikh awal bulan dan lain-lain.
                    ii.        Manusia dapat menggunakan akalnya dengan pengetahuannya untuk meramal sesuatu perubahan cuaca.


3.5       Supaya manusia dapat berkarya dan berinovasi.
                      i.        Dengan mengkaji alam ini, manusia akan dapat menghasilkan sesuatu karya dan mencipta sesuatu hasil daripada kajiannya.


3.6 Dapat membantu manusia dalam memenuhi keperluan material dan kehidupan seharian yang diperlukan.
        i.  Dapat memenuhi keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, perubatan, pengangkutan dan lain-lain.
                    ii.        Menjadikan kehidupan manusia selesa.
                   iii.        Memenuhi keperluan dharuriyat dan hajiyat manusia itu sendiri.

Jika kita lihat, sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ilmu ini juga sebenarnya mempunyai perkaitan dengan dunia Islam silam dan hari ini. Kemajuan teknologi kini adalah sebahagian daripada matlamat kepentingan hidup seseorang manusia yang akan dapat memperkukuhkan keimanannya terhadap Allah swt  Dalam hal ini, kita tidak nafikan bahawa sains teknologi dan kejuruteraan sangat penting kepada kita terutama pada dunia hari ini. Namun, ianya juga terdapat impak lain dalam kemunculan sains, teknologi dan kejuruteraan ini

IMPAK PENGABAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI KE ATAS UMAT ISLAM
Bidang
Huraian
Bidang Sosial
                   i.Umat Islam akan ketinggalan jauh berbanding umat dan bangsa lain yang lebih maju.
                ii.        ii.Maruah umat Islam akan dipandang hina di mata agama lain dan umat Islam akan diperkotak-katikkan oleh bangsa lain.
Bidang Ekonomi
              i.        Umat Islam akan menjadi satu umat yang suka bergantung kepada kuasa asing.
                     ii.        Kebanyakan penguasaan bidang ekonomi dakan diterajui oleh bangsa asing dan penguasaan teknologi juga didominasi oleh bangsa asing.
Bidang Politik
              iii.        Umat Islam akan ditindas dan seterusnya dijajah oleh bangsa dan agama lain.
                     iv.        Umat Islam menjadi satu umat yang tidak pandai berdikari memimpin negaranya sendiri
Bidang Pendidikan
              v.        Penerapan dan pelaksanaan sains teknologi dan kejuruteraan akan terpisah dari nilai-nilai agama yang sebenar.
                     vi.        Unsur-unsur kesepaduan ilmu dengan agama sudah tidak wujud lagi.
             vii.        Pelaksanaan sistem pendidikan yang dilaksanakan adalah secara dualisme.
Bidang Sains, Teknologi dan Kejuruteraan
                    viii.        Umat Islam akan bergantung kepada sains dan teknologi barat yang mana akan menimbulkan masalah kepada umat Islam sendiri. Contohnya hari ini umat Islam sendiri bergantungkepada dunia teknologi barat seperti penggunaan internet, telefon bimbit dan lain-lain peralatan teknologi terkini.
                   ix.        Memberi keuntungan yang besar kepada dunia teknologi barat sendiri.
           x.        Umat Islam semakin mundur dan malas untuk mencipta sesuatu teknologi baru yang boleh digunakan oleh sejagat.


KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN TERHADAP UMAT ISLAM.

Bidang / Aspek
Kebaikan
Keburukan
Pertahanan
                  i.        Mampu melindungi negara dari serangan musuh-musuh. Contohnya dengan penciptaan senjata dan kelengkapan perang.
          i.        Membawa kepada kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar, dan juga nyawa yang terkorban.
           ii.        Menyebabkan rusuhan berlaku
          iii.        Menyebabkan tamakkan kuasa berlaku.
Teknologi maklumat
       i.        Membolehkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah.
      ii.        Jalan dakwah terbuka luas (alternatif medan dakwah)
           iii.        Maklumat dapat dicapai dengan pantas dan dapat berhubung antara satu sama lain tanpa sempadan.
         i.        Muda mudi terpengaruh dengan kelebihan teknologi ini.
            ii.        Teknologi mengabaikan nilai-nilai murni.
       iii.        Berlakunya pencerobahan maklumat ‘penggodam’ .
       iv.        Pengubahsuaian terhadap sesuatu fakta atau gambar akan berlaku.
       v.        Berlakunya kegiatan seks melalui internet sahaja.
Bio-teknologi 
          i.        Mampu menghasilkan makanan ubah suaian genetik (Genetically Modified Food)  yang mempunyai cirri-ciri terbaik seperti tahan lama, sedap dan bermutu.
         ii.        Teknik dan teknologi pertanian mengalami transformasi.
     iii.        Membantu meningkatkan produktiviti.
         iv.        Membantu dalam penghasilan baka, benih, dan racun dalam sektor pertanian.
         i.        Sumber genetik yang digunakan untuk mengubah suaian makanan mengandungi bahan yang dilarang dalam syarak.
           ii.        GMF memberi kesan terhadap kesihatan manusia kerana mengandungi bendasing yang tidak diketahui kesan buruknya.
Pengklonan
         i.        Memberi pengetahuan baru kepada manusia.
       i.        Disalahgunakan oleh pihak tertentu.
       ii.        Menyimpang dari landasan agama yang sebenar kerana menyalahi apa yang telah Allah ciptakan mengikut fitrah.
Perubatan (Stem Cell)
      i.        Banyak kelebihannya dalam membantu mengatasi pelbagai penyakit.

          i.        Penggunaan “embryonic stem cell” bakal disalahgunakan juga untuk kegunaan pengklonan manusia.
Teknologi laser
v  Menggantikan peranan kabel dengan fiber optik untuk bidang komunikasi dan perindustrian.
v  Maklumat yang dihantar adalah lebih cepat dan tepat serta meminimumkan kehilangan data.
         i.        Penyelewengan penggunaan akan berlaku.
          ii.        Mudah diubahsuai oleh mereka yang mahir dan pakar.


Keperluan Untuk Mengkaji Sejarah Dalam Islam
Dalam Al-Quran telah menjelaskan dan menunjukkan betapa pentingnya sejarah dan hubungannya engan kewujudan sesebuah tamadun manusia melalui peistiwa-peristiwa serta contoh-contoh umat terdahulu.Kisah yang dipaparkan dan diceritakan dalam Al-Quran sebenarnya adalah satu peristiwa yang benar-benar berlaku dan perlu dijadikan pengajaran kepada kita pada hari ini.

Antara perisitwa sejarah yang banyak disebut oleh Allah swt dalam Al-Quran dianggarkan sebanyak 1,000 ayat mengenai kisah-kisah nabi terdahulu dan rasul sebelum ini seperti menceritakan hebatnya kerjaan Thamud, Kaum ‘Ad, Kaum Madyan dan juga mengenai keingkaran Firaun laknatullah.


Tujuan dan matlamat utama kisah-kisah dan peristiwa tersebut dalam Al-Quran adalah:-

Tujuan
Huraian
Supaya manusia menjadikan contoh dan teladan aras apa yang berlaku
Firman Allah swt yang bermaksud:“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka terdapat pengajaran bagi orang yang berakal”.                  
(Surah Yusuf: 111)
Mengesahkan bahawa Al-Quran itu adalah kalam Allah
Umat manusia sekarang selalu ingin kepada bukti. Jadi, segala kisah yang berlaku dalam Al-Quran adalah untuk mengesahkan bahawa Al-Quran adalah satu kitab yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW.
Satu kaedah untuk manusia berfikir.
Kisah dan peristiwa yang berlaku adalah untuk mendidik dan salah satu daripada kaedah untuk mengajak manusia berfikir.
Untuk membenarkan janji baik dan janji buruk dari Allah swt.
Segala peristiwa yang berlaku adalah untuk membuktikan bahawa segala apa yang dijanjikan Allah adalah perkara yang benar.




Sejarah Sains dan Teknologi Zaman Nabi Sebelum Ini 
Al-Quran banyak menceritakan kisah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman nabi terdahulu dan umat-umat sebelum ini.Tujuan Allah menceritakan cerita-cerita tersebut adalah sebagai pedoman dan panduan kepada manusia pada hari ini.
Berikut adalah antara kisah yang terdapat dalam Al-Quran berkenaan dengan sejarah umat terdahulu.
Kisah Nabi
Huraian
Kisah Nabi Adam a.s
    i.      Merupakan nabi dan juga manusia pertama bergelar khalifah Allah swt. Adam dijadikan oleh Allah setelah Allah menjadikan dunia dan Adam tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sehinggalah Allah mengajarnya melalui malaikat Jibril.
Firman Allah yang bermaksud :
          “dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala
nama benda-benda dan gunanya, kemudian
ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman:
Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini
semuanya jika kamu golongan yang benar”.
                                    (al-Baqarah :    
Kisah Nabi Idris a.s
i.         Dalam Al-Quran hanya terdapat dua ayat sahaja yang    
           menceritakan kisah Nabi Idris iaitu dalam Surah Maryam      
           yang bermaksud:
“Dan ceritakanlah (hai Muhammad pada smereka kisah) Idris (yang tersebut) dalam al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi”
                                                   (Surah Maryam : 56-57)
ii.        Keturunan ke-6 dari Nabi Adam dan orang yang pertama
          menulis menggunakan pena dan mengenakan baju yang       
          berjahit. Bahkan orang yang mula-mula menggunakan kulit
          sebagai pakaian. (Ab. Aziz Ismail, 2008:15)
Kisah Nabi Nuh a.s
Kisah Nabi
    i.      Nabi ke-4 selepas Nabi Adam, Syith dan Nabi Idris a.s.
   ii.      Menyampaikan dakwah selama 950 tahun tetapi ditolak oleh kaumnya.
  iii.      Akibat keingkaran kaumnya, Allah memerintahkan agar Nabi Nuh membina kapal untuk menyelamatkan diri apabila musim banjir melanda kelak.
  iv.      Beliau juga pakar dalam bidang sains, matematik dan teknologi logam.
Kisah Nabi Ibrahim a.s
    i.      Putera kepada Azar seorang menteri kepada raja Namrud dan seorang ahli bintang.
   ii.      Nabi Ibrahim juga pakar mengenai perjalanan cakerawala di langit.
   Firman Allah dalam Surah al-An’am yang bermaksud :
       “dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-
        tanda keagungan Kami yang terdapat di langit dan di  
       bumi, supaya menjadilah ia daripada orang-orang yang
       penuh yakin”.
Kisah Nabi Daud a.s
    i.      Daud bin Yisya adalah keturunan ke-13 dari Nabi Ibrahim yang tinggal di Baituleham.
   ii.      Allah mengurniakan ketelitian, kebijaksanaan ilmu pengetahuan serta kesempurnaan ilmu.
  iii.      Antara kepakaran beliau adalah teknologi dalam pembuatan baju besi.
  iv.      Allah mengajar baginda cara-cara membuat baju besi untuk kegunaan peperangan.
   v.      Firman Allah dalam surah al-Anbiya’: 80 yang bermaksud:
  vi.      “Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, dalam peperangan…”
(Surah al-Anbiya:80)
Kisah Nabi Sulaiman a.s
    i.      Allah mengurniakan kepada Nabi Sulaiman yang sangat memahami semua bahasa termasuklah bahasa haiwan.
   ii.      Nabi Sulaiman juga merupakan Nabi yang mempunyai kerajaan yang banyak termasuklah pemerintahannya meliputi jin yang mana Allah memudahkan golongan itu bekerja dengan Baginda.
  iii.      Allah berfirrman dalam surah Saba’ yang bermaksud:
Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya mata air dari tembaga; dan Kami mudahkan sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab neraka.
(Surah Saba’: 12)


Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran dan al-Hadis


1) Menjelaskan fakta-fakta tentang alam tabi’i
a.  Proses kejadian alam tabi’i.
      i.        Allah telah menjelaskan kepada umat manusia mengenai perkara-perkara yang tidak dapat difikirkan oleh manusia melalui wahyu.

     ii.        Istilah-istilah yang sering diguna pakai untuk alam tabi’i adalah kosmos / cosmos yang bermaksud tertib, harmoni, peraturan dan perhiasan.

    iii.        Kosmos juga bermaksud satu sistem yang tersusun secara harmoni dan istilah kosmos dalam islam meliputi makhluk rohaniah yang tidak dapat dikaji menerusi pengajian saintifik dan emrprikal.

   iv.        Ilmu kosmos atau kosmologi lahir kerana membicarakan tentang asal-usul alam, struktur atau perlembagaan alam, penciptaan dan kesudahan alam serta matlamat penciptaan alam.

    v.        Ilmu kosmologi dalam Islam adalah mengaitkan alam dengan Penciptanya.

   vi.        Dalam Al-Quran pula, alam tabi’i meliputi seluruh langit  dan isi kandungannya serta penghuninya, bumi dan seluruh isi kandungannya serta penghuninya dan juga segala apa yang berada antara di langit dan bumi.

  vii.        Firman Allah SWT dalam Surah Al-Fussilat ayat 53:

Terjemahan ayat :

 “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”

 viii.        Daripada ayat tersebut, Allah telah memperlihatkan kepada hamba-hamba-Nya di segenap dan  pelusuk  penjuru kehidupan ini dan satu daripadanya ialah melalui pengkajian-pengkajian sains, supaya menjadi jelas kepada manusia bahawa al-Quran itu adalah satu kebenaran.
   ix.        Penemuan-penemuan sains yang telah disentuh oleh Al-Quran ratusan tahun sebelumnya akan menjelaskan kepada manusia pada zaman ini dan pada zaman akan datang bahawa Al-Quran itu adalah satu kebenaran yang mutlak.

b.  Fenomena alam tabi’i dalam al-Quran
Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran

Fakta Al-Quran mengenai kejadian alam

a.    Alam ini diciptakan oleh yang menciptkana dan bukan terjadinya dengan sendiri.



1)    Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 11

Terjemahan:

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia”             (Surah al-Baqarah : 117)

2)    Surah Al-Furqan ayat 59

 Terjemahan: 

Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya”.

3)    Surah Nuh ayat 15 – 16


Terjemahan :

"Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, "Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang)”.






Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran
b.    Alam diciptakan secara berpasang-pasangan
      i.        Allah memberitahu bahawa Dia telah mencipta semua kehidupan di alam semesta ini secara berpasang-pasangan, baik dari alam, tumbuh-tumbuhan, manusia, haiwan, hidupan seni dan lain-lain makhluk yang kita tidak ketahuinya.
     ii.        Penemuan sains yang terbaru menunjukkan bahan-bahan (unsur-unsur) yang amat seni mempunyai pasangan umpamanya sel.
    iii.        Sel kulit tetap akan menjadi kulit dan sel daging akan menjadi daging.
   iv.        Kod tersebut terdapat dalam molekul Deoxyribo – nucleic – asid (DNA).

1)    Firman Allah dalam Surah ar-Ra’d ayat 3:

Terjemahan :


 “Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir”.


2)    Surah Az-Zukhruf ayat 12 :

Terjemahan : 

Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian makhluk yang berbagai jenisnya; dan Ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan binatang ternak yang kamu dapat mengenderainya”


3)    Surah An-Naba’ ayat 8 :


Terjemahan : 

Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?”


Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran
c.    Peredaran planet bumi dalam orbitnya mengelillingi matahari.


      i.        Menunjukkan bahawa alam ini dan seluruh isinya bergerak dalam paksinya mengikut yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
     ii.        Sebenanrnya, gunung-gunung juga bergerak, sedangkan kita sebenarnya tidak mengetahuinya kerana ia tidak bergerak seperti geraknya awan.
    iii.        Menurut fakta sains, planet Bumi ini berpusing atas paksinya satu pusingan dalam masa 24 jam dan dalam pada masa yang sama planet bumi bergerak menurut orbit berpusing mengelilingi matahari.
   iv.        Tiap-tiap satu pusingan orbitnya, Bumi mengambil masa lebih kurang 365 hari dan 6 jam dan bergerak sejauh 585 juta batu iaitu beredar lebih kurang 18.5 batu sesaat atau 66,600 batu sejam.
    v.        Merupakan 30 kali ganda lebih pantas dari kelajuan pergerakan peluru.
   vi.        Banyak ayat al-Quran menerangkan mengenai peredaran alam ini antaranya :

1)    Firman Allah dalam an-Naml ayat 88 :

Terjemahannya : 

Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan”.


2)     Firman Allah dalam surah Al-Anbiya’ ayat 33 menjelaskan mengenai peredaran matahari dan bulan :

Terjemahannya :

Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)”.




     Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran


3)    Firman Allah dalam surah Yaasin ayat 38 menjelaskan juga mengenai peredaran alam ini.

Terjemahannya :

Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;”


d.    Penciptaan langit/

      i.        Allah telah menciptakan langit dan meninggikannya da juga telah menyempurnakan penciptaan-Nya daripada unsur-unsur dukhan (asap).
     ii.        Juzuk-juzuk yang terdiri daripada jirim dukhan telah menjadikannya kuat dan kukuh.
    iii.        Kemudian langit itu dijadikan berlapis-lapis dan daripada unsur dukhan itu terbentuknya bintang dan planet.
Firman Allah dalam surah Fussilat ayat 11 :

Terjemahannya : Kemudian Ia menunjukkan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela"


Al-Quran juga turut menggambarkan kepada kita keadaan langit yang membuktikan tentang peristiwa Ira’ dan Mikraj Nabi Muhammad SAW merentasi langit melalui pintu-pintu yang dijaga oleh para malaikat menggambarkan alam ini mempunyai tutupan lahiriah yang bersifat pepejal.
Firman Allah dalam Surah Al-Qaf ayat 6 menjelaskan peristiwa ini yang bermaksud :
“Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasainya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikit pun”.

Selain itu, terdapat juga ayat-ayat yang menggambarkan keadaan pencairan yang berlaku kepada langit apabila suhu  meningkat terlalu tinggi iaitu dalam surah al-Maarij ayat 8 yang bermaksud :



“ Pada hari ketika langit seperti luluhan perak”.

e.    Kejadian dan proses terjadinya awan

      i.        Awan memainkan peranan penting dalam proses kejadian air hujan kerana awan menjadi penyebab kepada satu proseskondensasi (proses gas air berubah menjadi cecair).
     ii.        Kondensasi hanya boleh berlaku pada permukaaan butir-butir debu, garam dan lainnya.
    iii.        Firman Allah dalam surah an-Nur ayat 43 yang bermaksud:
“Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarakkan awan, kemudian mengumpulkan antaranya kemudian Dia menjadikannya bertindih-tindih, maka kamu kan melihat hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah juga menurunkan air dari langit iaitu dari gumpalan-gumpalan awan seperti gunung-gunung”.

f.     Menjelaskan mengenai wujudnya kejadian siang dan malam dalam Al-Quran

      i.              Kejadian siang dan malam telah diterangkan dalam Al-Quran.
     ii.Dari pandangan mata kasar, boleh dikatakan siang akan mendahului malam atau malam akan mendahului siang tetapi dalam al-Quran menyatakan siang bukan mendahului malam dan malam juga tidak mendahului siang.

                        iii.        Bukti dijelaskan dalam Al-Quran antaranya :

1)    Dalam surah Yunus ayat 6:

Terjemahannya :

Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami”.

2)    Firman Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 5 :

Terjemahannya : 

“Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, - tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.”

g.    Menjelaskan berlakunya fenomena hujan.

      i.        Menjelaskan serta menreangkan penurunan hujan dari langit dan diturunkan dengan kadar yang tertentu.

1)    Surah al-Baqarah ayat 164 :

Terjemahan 

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya, dan keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.


2)    Surah az-Zukhruf ayat 11 :
Terjemahan: Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).”


 



          Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran
h.  Kejadian matahari dan fakta mengenai matahari
      i.        Matahari adalah sebuah bintang yang jaraknya dengan bumi lebih kurang 148.8 juta kilometer denan diameternya 1.4 juta kilometer.
     ii.        Matahari adalah sebuah bintang yang sederhana dan mengeluarkan tenaga dalam bentuk haba dan cahaya.
    iii.        Penghasilan tenaga ini disebabkan berlakunya perlanggarannucleus hydrogen antara satu sama lain.
   iv.        Proses ini menyebabkan lahirnya beberapa lapisan matahari, iaitukoroma, kromosfera dan fotosfera.
    v.        Koroma merupakan lapisan matahari yang paling luar mengandungi gas panas suhunya dianggarkan 22 juta darjah celcius.
   vi.        Lapisan kromosfera pula terletak di bawah koroma. Pada bahagian ini berlaku letupan gas panas yang memancutkan hidrogen panas sehingga 10, 000 km.
  vii.        Manakala fotosfera mempunyai suhu purata sehingga 6000 darjah.
 viii.        Matahari berputar pada paksinya mengambil masa kira-kira 25 hari untuk melengkapi satu pusingan.
   ix.        Pergerakan kedua ialah beredar mengelilingi galaksi selaju 786,000 kilometer sejam dengan mengambil masa 225 juta tahun untk satu revolusi.
    x.        Ayat al-Quran mengenai matahari adalah dalam surah al-Anbiya’ ayat 33:

    xi.         Terjemahan : Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)”.


  xii.        Matahari juga merupakan satu jisim haba dan cahaya seperti mana yang digambarkan dalam Surah Yunus ayat 5 yang bermaksud :
 xiii.        “Dialah yang menjadikan matahari bersinar (nur), bulan bercahaya (Dhiya’) dan menerbitkan orbit (manzilah).    (Surah Yunus : 5)


2)  
Menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian manusia dan proses kejadian manusia.

      i.        Dalam Bahasa Arab, manusia disebut al-basyar dan perkataan yang sama erti dengannya adalah an-nas, al-insan dan dalam bahasa Melayu disebut sebagai pelupa.

     ii.        Al-Quran menerangkan berkenaan ciptaan manusia dengan jelas dalam beberapa surah. Antaranya firman Allah dalam surah at-Tiin :

a.     Terjemahannya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”.                                                               ( Surah at-Tiin : 4)

    iii.        Malaikat telah sujud kepada Nabi Adam a.s setelah dicipta oleh Allah swt sebagai satu tanda penghormatan yang agung. Adam a.s bukanlah makhluk ‘Homo Eretus’  seperti yang dikatakan oleh Teori Darwin. Jika Adam a.s adalah makhluk Homo Eretus’  sudah tentu Allah tidak melantiknya sebagai khalifah Allah. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud :

a.     “ Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini”.

          Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran


a.       Mengenai penciptaan dan kejadian Adam a.s

Ø    Allah menjelaskan kejadian dan rupa bentuk Adam adalah sebaik-baik kejadian.
Ø    Bukanlah berkembang dari satu bentuk kepada bentuk yang lain mengikut perederan masa seperti dakwaan salah oleh Darwin.
Ø    Nabi Adam a.s diciptakan dari tanah.
Ø    Al-Quran menjelaskan dan menggunakan beberapa istilah tentang kejadian manusia antaranya
1)    Air (al-ma’) seperti dalam al-Quran srah al-Furqan ayat 54.
2)    Daripada tanah / debu (al-Turab) seperti dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 59, al-Hajj ayat 5 dan Surah Fathir ayat 11.
3)    Pati tanah (at-Tiin) seperti dalam Al-Quran surah Ali Imran ayat 49, surah al-A’araf ayat 12, Surah al-Isra’ ayat 61 dan Surah al-Mukminun ayat 11.
4)    Tanah liat dansebati (tin lazib) seperti dalam al-Quran surah al-Safaat ayat 11.
5)    Tanah yang keras seperti tembikar (shahshal) seperti dalam al-Quran surah al-Hijj ayat 26, 28 dan 29, Surah al-Rahman ayat 14.
6)    Tanah bumi (al-ardh) seperti dalam al-Quran surah an-Najm ayat 32.

Ø    Allah telah melantik Adam sebagai khlaifah di muka bumi dan telah mengajar Adam a.s nama-nama benda seluruhnya seperti yang telah dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 31.






               Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran

b.  Mengenai penciptaan hawa

Ø  Al-Quran menceritakan penciptaan Hawa melalui surah an-Nisa’ ayat 1 yang bermaksud:
“Hai sekalian manusia , bertaqwalah kepada tuhan-Mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak….”


c.  Penciptaan zuriat Adam


Ø  Al-Quran menggunakan beberapa istilah mengenai penciptaan zuriat Adam (kecuali Isa bin Maryam) antaranya :
1)    Menciptakan kamu secara berperingkat-peringkat seperti dalam Al-Quran surah Nuh ayat 14.
2)    Zuriat daripada pati air yang hina (ma’mahin) seperti dalam al-Quran surah as-Sajadah ayat 8 dan surah al-Mursalat ayat 20.
3)    Daripada titisan air yang kotor iaitu air mani (nutfah) seperti yang dijelaskan dalam al-Quran surah an-Najm ayat 46  dan surah al-Qiamah ayat 37.
4)    Menciptakan kamu dalam perut ibu kamu dalam tiga kegelapan (fi zulumat thalathah) seperti yang dijelaskan dalam surah az-Zumar ayat 6.
5)    Janin dalam perut ibu (fi butun ummuhat) seperti yang diterangkan dalam surah an-Najm ayat 32.

Ø  Manusia biasa diciptakan melalui proses tertentu yang memerlukan percantuman mani dalam rahim wanita seperti yang dijelaskan dalam surah al-Qiamah ayat 37 hingga 40 yang bermaksud :
“Kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya dan menyempurnakannya. Lalu Allah menjadikan daripadanya sepasang, lelaki dan perempuan. Bukankah Allah yang berbuat demikian berkuasa pula menghidupkan orang mati”.


d.  Peringkat kejadian manusia dalam al-Quran

1)    Nutfah (Air mani)
Ø   Peringkat pertama bermula selepas persenyawaan – berlaku pada minggu pertama dan bermula selepas percantuman antara air mani lelaki dan perempuan.
Ø   Nutfah disebut sebanyak 12 kali  dan perkataan air mani disebut dalam al-Quran sebanyak 13 kali.
Ø   Antara ayat al-Qurannya adalah dalam surah al-Insan ayat 2:

A002


Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran


Terjemahan : Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.”

Ø  Selain itu, dalam surah an-Najm ayat 46 – 47 menjelaskan mengenainya yang bermaksud :

“Dan bahawa sanyalah Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan perempuan, dari air mani apabila dipancarkan”.


2)     ‘Alaqah

Ø  Perkataan bahasa ‘Arab yang bermaksud ‘sesuatu yang tergantung, melekat atau bergantung’ kepada sesuatu yang lain.
Ø  Mempunyai maksud perkataan lain iaitu ‘suatu buku atau ketulan darah’.
Ø  Perkataan ‘alaqah disebutkan dalam al-Quran sebanyak lima kali iaitu dalam surah al-Hajj ayat 5, surah al-Qiyamah ayat 37 – 40, surah al-Mu’min ayat 67 dan surah al-‘Alaq ayat 1 -3.
Ø  Peringkat ini terbentuk pada hujung minggu pertama atau pada hari ketujuh dan telur yang disenyawakan ini akan tertanam di dinding (qarar makin).


3)    Mudghah
Ø  Terjadi pada minggu ke-4. Dalam al-Quran menyebutkan ada dua mudghah iaitu mudghah mukhallaqah (sempurna) dan mudghah ghair mukhallaqah (tidak sempurna).
Ø  Peringkat ini terbentuknya otak, saraf tunjang, telinga, dan anggota-anggota lain.
Ø  Jantung juga sudah mula berdegup dan darah sudah mula mengalir  lebih banyak ke jantung bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.

4)    Nasyatan Khalqan Akhar
Ø  Berlakunya pada akhir minggu ke-8.
Ø  Perubahan berlaku iaitu pertukaran embrio kepada janin.
Ø  Semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurna. Pada bukan ke-4, pembentukan uri menjadi lengkap menyebabkan baki pranatal bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang telah wujud.

5) Nufkh ar-Ruh
Ø  Proses peniupan roh berlaku selepas 40 hari dan selepas terbentuknya organ seks.

Rumusan
Islam menerima  teknologi yang memberi manfaat dan menolak teknologi yang membawa kerosakan. Berdasarkan  etika dan prinsip dasar Islam, tujuan utama kepentingan ibadah kepada Allah S.W.T ialah mencari ilmu. Al-Quran menjelaskan dan menunjukkan pentingnya sejarah dan hubungannya dengan kewujudan tamadun manusia berdasarkan aspek sains, teknologi dan kejuruteraan melalui peristiwa serta contoh umat yang terdahulu benar-benar berlaku dan perlu dijadikan pengajaran kepada kita pada hari ini. Dianggarkan sebnanyak 1000 ayat mengenai  kisah-kisah Nabi terdahulu dan Rasul sebelum ini seperti menceritakan hebatnya kerajaan Thamud, Kaum 'Ad, Kaum Madyan dan juga mengenai keingkaran Firaun laknatullah.

Mengesahkan bahawa Al-Quran itu adalah kalam Allah S.W.T. Umat manusia sekarang selalu ingin kepada bukti. Jadi, segala kisah yang berlaku dalam Al-Quran berkaitan sains, teknologi dan kejuruteraan adalah untuk mengesahkan bahawa Al-Quran adalah satu kitab yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W. Mendidik dan mengajak manusia berfikir. Kisah dan peristiwa yang berlaku adalah untuk mendidik dan salah satu daripada kaedah untuk mengajak manusia berfikir. Untuk membenarkan janji baik dan janji buruk dari Allah S.W.T. Segala peristiwa yang berlaku adalah untuk membuktikan bahawa segala apa yang dijanjikan oleh Allah S.W.T adalah perkara yang benar.

Akhir kata, berdasarkan daripada tajuk yang kami kaji, Al-Quran memainkan peranan yang penting  dalam merangsang akal manusia untuk berfikir tentang ayat-ayatnya yang sarat dengan maklumat dan informasi yang berguna . Secara langsung ataupun tidak, ilmu pengetahuan dan teknologi dapat tumbuh dan berkembang cepat dan ini menunjukkan bahawa Al-Quran memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sepanjang zaman . Maka dengan itu kita perlu menyusun stratergi untuk mengejar ketinggalan dan teknologi dengan mengacu pada posisi Al-Quran dalam bidang ilmu dan teknologi itu sendiri .









RUJUKAN

  • http://www.academia.edu/3788927/AA209_Sains_Teknologi_dan_Kejuruteraan_Dalam_Islam
  • https://www.google.com/search?q=kisah+kisah+yang+terdapat+dalam+al+quran&biw=1366&bih=643&source=lnms&tbm=isch&sa=X&sqi=2&ved=0ahUKEwiD7a2YkLnKAhXHj44KHeM6CvUQ_AUIBygC#tbm=isch&q=gambar+kisah+kisah+yang+terdapat+dalam+al+quran
  • Siri Politeknik: Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam. Author: Mohd Azli Adnan,Asnuurien Najma Ahmad,Azman Abdul Rahman. ISBN 13: 9789834714062. Tahun Terbit: Mei 2015
  • http://cinderellamok.blogspot.my/2015/04/sains-teknologi-dan-kejuruteraan-dalam.html
  • http://www.slideshare.net/normurnimohamad/bab-1-sains-teknologi-dan-kejuruteraan-dalam-islam
  • http://unikversiti.blogspot.my/2014/05/sepintas-lalu-beberapa-keajaiban.html